Thursday, August 18, 2011
Mana Mak : Bahagian I
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.
Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
bersambung....
Friday, August 5, 2011
KISAH BUDAK PENJUAL KUIH
Monday, August 1, 2011
Ramadhan Al-Mubarak

Bersama samalah kita tanamkan ihtizam untuk menyempurnakan ibadah ini sebaik mungkin dengan andaian puasa ini mungkin puasa terakhir buat kita.Monday, June 20, 2011
Kebahagian Seorang Suami
Hayati coretan ini…Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.
Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.
Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.
Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."
Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..
Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.
Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);
"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]
Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.
Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.
Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."
Sejuk hati membaca, berbahagia lah seorang isteri mendapat keredaan Allah & suami, begitulah jua sebaliknya pada seorang suami yg memimpin keluarga dgn baik disamping seorang isteri yang soleha.Ps: Terima kasih NA kerana berkongsi cerita indah ini.
Thursday, May 19, 2011
Puaka Politik
Saban hari kita disogokan dikaca TV mengenai tahyul dantahyul dan hantu puaka..kini di dada akhbar kita disajikan untuk berpuaka dengan politik bagi mereka yang ketagihan darah kuasa.Skop produksi yang berbeza, namum motif tujuan yang sehala...KUASA.
Jangan kerana berpuaka dengan politik, Islam digadaikan sebegitu...dulu Ohalf kagum ketokohan agama beliau dengan bersandarkan Islam kerana Ohalf juga ingin kita hidup bersandarkan Islam sebagai asas walaupun hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama, kerana yakin Islam membawa kesejahteraan - Way Of Life...namum sejak kebelakang ini, Ohalf terasa amat tersentuh apabila kata2 sedemikian diunggkapkan..."cium kaki"
Ceramah agama disurau dijadikan forum untuk menyampaikan fahaman politik yang diselitkan selingan...kedengaran suara gelak ria penghuni surau bila penghinaan keatas kepimpinan dihiburkan...Ohalf banyak kali tersentuh atas perkara ini...ingin rasanya bangun bersuara menyatakan disini bukan suasana untuk menghina seseorang, ini adalah rumah Allah SWT, untuk kita pelajari hukum Allah SWT...tapi Ohalf lemah hanya berbisik dalam hati.
Sering kali selepas ceramah, yang lebih dibincangkan adalah soal selingan politik yang diutarakan dan bukan pasal hukum yang perlu diamalkan...cuba buka telinga dan dengar selepas ceramah pasti ada suara2 yang membangkitkan selingan kembali.
Ohalf sedih melihat perkembangan politik dan dakyah puaka politik yang disampaikan sehingga Islam digugat dinegara sendiri...Taksubnya seseorang pada seseorang, yang terlalu yakin tidak ada cacat cela dalam amalan puaka politik hingga dilihat kebal dalam perundangan kerana soal ingin KUASA...atas dasar dianayai semua boleh dicapai dengan jampi puaka politik kuasa yang telah merasuk jauh pada hati dan akidah.
Kemana hala tuju dan bilakah puaka politik sedemikian akan berakhir bersama kita memohon pada Allah SWT agar jauhkan kita semua dan bumi Malaysia ini daripada pemimpin yang jahil...atau adakah petunjuk telah ada namum hanya kita yang lalai dengan puaka politik yang sedia ada...renungkanlah.