Friday, March 26, 2010

SERAM

Ohalf selalu terfikir dan mungkin ramai lagi terfikir kemanakah arah pemikiran kita dalam alaf baru ini. Dalam lonjakan paradigma minda kepada jalurlebar - Broadband sedang hebat dipromosikan, ada yang lain sama hebat seiringan.

Apa yang Ohalf maksudkan adalah cerita seram yang menggunakan ilmu hitam sebagai santapan mata dan jiwa seperti Santau, Susuk, Jangan Pandang Belakang dan banyak lagi di tayangkan di kaca TV yang promosikan. Boleh dikatakan hampir setiap malam Jumaat itulah santapan mata dan bukan sebaris surah Al-Quran yang dibaca malah sebaliknya.

Cerita sedemikian secara tidak lansung mempromosi dan mengajar mencari jalan mudah untuk mencapai hasrat dan tujuan. Bagi setengah orang berkata itu hanyalah satu jalan rekaan cerita tapi hakikatnya itulah perbuatan yang boleh ditiru oleh masyarakat khususnya orang melayu itu sendiri.



Pada mulanya, Ohalf hanya mendiamkan diri kerana memang malas hendak bicarakan namum hati kecil ini berkata kenapa tidak…luahkan apa yang tersirat.

Ada pihak berkata, kenapa tayangan dipanggung atau cerita seperti Supernatural , Nightmare in Elm Street, Final Destination yang mempunyai grene yang sama tidak dipertikaikan? Kenapa harus pada pembikin cerita seram melayu yang hendak ditempelak dan di kritik? Kan kita harus bangkit dan sedar dalam kemodenisasi yang filem melayu pun boleh membuat teknik cerita sedemikian, itu menunjukkan kemajuan industri drama dan filem negara boleh maju…disamping membantu secara tidak lansung kepada ekonomi…satu yang benar.

Kalau tidak pun..banyak adegan berahi atau stunt yang lebih kepada keganasan ditayangkan di TV maupun di panggung, kenapa filem melayu seram yang ingin Ohalf utarakan?

Cemuhan dan tindakbalas sedemikian yang diterima apabila Ohalf utarakan persoalan ini dan tidak kurangnya menyokong dan ada yang bersikap neutral.

Lontaran kata2 diterima membuat Ohalf berbicara…kita berpijak di dunia nyata yang sememangnya kita sendiri yang ingin melihat apa yang kita ingin lihat dan inginkan. Secara sedar kita tahu, ini hanya tontonan dan dari segi penilaian kita sendiri yang tentukan…Namum jika ini yang kita tonjolkan maka inilah yang kita akan terima pada masa kini dan pada natijah masa depan…Kita Fikirlah Sendiri.

No comments:

Post a Comment