Friday, April 9, 2010

Biarlah...

Perjalanan hidup Ohalf banyak mengajar siapa diri ini sendiri, walaupun banyak lagi yang harus ditempuhi didalam mengisi ruang nafas kehidupan…manis dan pahit seharusnya itulah yang dirasai.

Pernah seketika ingin aku pohon pada Allah SWT agar tamatkan kehidupan ku dialam fana ini kerana aku rasa tak tertanggung atas dugaan yang menimpa…rasanya semua pasti gembira dan tiada siapa yang akan merasa kehilangan.

Setiap malam kekosongan jiwa…aku penuhi dengan kehinaan…begitulah lemahnya keimanan yang aku sangka aku perolehi…aku cuba dan aku kandas…aku cuba lagi dan aku kandas lagi…kandas dalam lembah kehinaan yang aku sendiri cari dan ingin kecapi.

Jiwa aku marah tapi pada siapa…kasih ku kosong minta dipenuhi..namum hanya degupan hati lara dan dinding yang sering ketawa melihat gelagat hina ku…dalam menikmati keseronokan.
Aku rasa biarlah aku sendiri…sendiri dalam gagal mencari…sendiri dalam kehinaan…dan sendiri dalam kealpaan…Namum dalam kehinaan ini aku tetap merayu..menyembah dan sujud pada mu Ya Allah kerana hanya pada mu Ya Allah…yang tahu sebenarnya rasa isi hati walaupun dalam senyum aku derita dan dalam pahit aku merasa.

Adalah tersurat di Luh Mahfuz yang aku dihina dalam kehidupan atas perbuatan aku sendiri…yang aku pohon dari mu Ya Allah adalah Kasih Sayang dari mu…yang sememangnya aku tidak layak menerima sebagai hamba…Amin

1 comment:

  1. (adk)
    lol.....jgn ckp mcm 2 nnti org laen terasa...huhuh

    ReplyDelete