Cinta, satu perasaan kasih sayang yang merangkumi jiwa naluri seseorang, Cinta bukan semata mata hanya tertahluk sesama mahluk malahan hakikat cinta agung pada Maha Pencinta itulah kesudahan sebenarnya walaupun cinta sedemikian, Ohalf sebagai hamba sering leka dan lupa.
Jujur, adalah hakikat sebenar hati atas satu perbuatan atau perasaan seseorang…sering terdengar ungkapan “jujurlah pada diri sendiri” namum bagi Ohalf ungkapan sedemikian ada buruknya. Maksud Ohalf apabila dikatakan sedemikian adakah untuk menerima kelemahan pada diri ini tampa ingin berubah iaitu hanya dengan jujur pada diri sendiri…maksud Ohalf mungkin terlaluan apabila seseorang mempunyai naluri berbeza sering menjelaskan unggapan sedemikian untuk menyedarkan hakikat diri, namum jujur pada diri sendiri bukan untuk menerima kelemahan diri tetapi lebih pada jujur kerana ada mempunyai kekuatan yang dianugerahkan untuk berubah.
Kepalsuan, adalah perbuatan mengaburi daripada hakikat sebenar…mungkin kejayaan ini seketika dalam melayari kepalsuan untuk kehidupan sebenarnya yang pasti memakan diri sendiri. Ohalf sendiri akui lemah dalam hal ini kerana mengamalkan kepalsuan dalam hidup.
Antara antara jujur dan kepalsuan wujud berbeza walapun dalam kehidupan ianya sering berjalan seiringan.
Dimana dan bagaimana luahan rasa Cinta, Jujur dan Kepalsuan pada seseorang hanya tertakluk pada kehidupan itu sendiri, adakala kita berperasaan Cinta dan Jujur dalan hati namum wujud Kepalsuan pada diri dalam mencerminkan kebenaran dalam menerima hakikat…fikirkan dan renungkan kerana Ohalf hanya mampu mencoretkan dan kelemahan ini ada pada diri Ohalf dan yang Baik dan yang Benar hanya dari Allah SWT.
No comments:
Post a Comment