Wednesday, April 27, 2011

Mengajar Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu

Idea Ohalf mungkin dirasakan kolot namum bagi setengah pihak yang dikenali yang pernah berdiskusi dengan Ohalf menganggap ada rationalnya. Ideanya simple mengajar bahasa Inggeris seperti mana memula kita belajar Al-Quran. Belajar mengaji Al-Quran mengingatkan Ohalf sewaktu kecil dahulu berlandas kan 3 keadah yang mudah dan boleh dikatakan asas untuk mengajar iaitu:-

Baca, ikut sama membaca;
Eja, mengeja untuk membaca;
Hafal, menghafal apa yang dibaca dan akhir sekali;
Makna, paham apa yang dibaca.


Mengaji diajar bukan dengan bahasa Arab oleh ustaz mahupun ustazah, tapi mengajar dalam bahasa melayu…diajarkan mana ayat panjang, tanda berhenti, tanda mati yang semuanya berlandasan bahasa harian yang lazim digunakan.


Keputusan mengajar pelajaran mathematic dan sains dalan bahasa melayu ada baiknya. Mengajar matapelajaran mathematic dan sains dalam bahasa Inggeris belum tentu dapat memahirkan pelajar kepada bahasa Inggeris malahan dapat membantutkan pembelajaran mathematic dan sains itu sendiri sekiranya pemahaman asas bahasa Inggeris tidak didapat difahami oleh pelajar kerana perlu memahami dua matapelajaran dalam satu masa.


Tetapi pendekatan yang dibuat perlu berlandaskan kepada keadaan, misalnya anak kecil dikampung yang lazim bahasanya bahasa melayu elok diperkenalan mengajar bahasa Inggeris didalam bahasa melayu. Asas penerangan lebih senang difahami bila ejaan dan bacaan digunakan dalam keadaan bahasa melayu iaitu, Past Tense, Present Tense, Past Continuous, Adjective, Singular, Plural serta yang lain. Mengajar dalam keadaan yang berlandaskan; Keep it simple and Easy to understand itu objektif pembelajaran ilmu dalam memahirkan bahasa Inggeris digunakan sebagai asas.


Apakah ini pernah dibuat orang? rasanya ada, bagi Ohalf masyarakat Jepun dan Korea tidak memartabatkan bahasa Inggeris dalam mendalami ilmu mathematic dan sains yang dikatakan matapelajaran teknikal, malahan mereka menggunakan bahasa ibunda dalam mempelajari ilmu dapat menjadi masyarakat yang cenderung pada inovasi dan yang mempunyai daya cipta yang tinggi, hinggakan masyarakat barat yang ingin mempelajari kemahiran dan teknikal di negara matahari terbit ini perlu memahami bahasa Jepun. Bagi Ohaf seseorang yang mahir berbahasa Inggeris belum tentu dapat menguasai mathematic dan sains.

Benarlah kata perpatah melayu yang penuh dengan sopan dan puitis iaitu Bahasa Jiwa Bangsa dan Mertabatkan Bahasa dapat Mertabatkan Bangsa.

No comments:

Post a Comment