Friday, July 2, 2010

Poligami

Bolehkah dua hati menyayangi hati yang sama dan satu hati menyayangi dua hati yang berbeza.

Agak berat perbincanagn ini namum Ohalf merasa dilemma ini bukan perkara baru..dari segi hukum ianya dibenarkan sekiranya berkemampuan dan berlaku adil, yakni poligami. Sejauh mana perlaksanaannya dalam mentadbir poligami ini terpulang kepada pihak2 yang terlibat.
Bukan tidak pernah berlaku malahan ianya telah jadi sebahagian lumrah kehidupan berkeluarga. Bermadu dan berkongsi kasih mungkin bagi kaum hawa ianya satu yang amat pedih untuk ditelan walaupun terpaksa rela apabila keadaan memaksa.
Namum tidak kurang juga menanggap ianya merupakan satu pengorbanan bagi kaum hawa yang sanggup menerima untuk bermadu demi untuk kebahagian suami tercinta kerana zuriat maupun tidak mahu terjerumus kepada dosa.
Ada pihak yang berperanan sebagai perjuang hak wanita walaupun berhujah atas segi hukum tidak menyenangi betapa senangnya hak berpoligami ini diberikan pada kaum Adam khasnya. Mungkin laungan mereka ini ada benarnya kerana kes kes yang dibentangkan merujuk kepada kaum Adam yang tidak menjalankan poligami dalam aspek yang betul, yakni dalam erti kata hanya mengikut nafsu.
Adakala apabila timbul keadaan apabila hendak dimadukan…penyelesaian yang diambil mudah adalah perceraian…dengan merasa ianya jalan penyelesaian yang terbaik…dengan beranggapan tidak akan ada peryelesaian dan keadilan berlaku apabila berpoligami dalam sesebuah rumah tangga.
Bagi Ohalf, bukan untuk memihak bagi kaum Adam, namum kaum hawa yang sekarang ini berlumba lumba mencari kesaksamaan dalam kehidupan perlu bersedia dari segi mental, emosi dan kedudukan sekiranya ianya berlaku.
Ohalf rasakan ada bezanya antara berpoya kerana nafsu dan berkasih kerana cinta. Jangan kaum Adam lupa ada antara kita melonjak kerana nafsu walaupun sudah berkeluarga tapi tidak mahu bertanggungjawab untuk berpoligami…pernah kaum Adam dengar…kata kata ini…Aku nak seronok jer..kahwin aku tak nak….ataupun yang bujang Aku nak seronok jer tapi kalau nak kahwin aku nak cari yang baik2.
Kaum Adam jangan ambil mudah apabila ingin berpoligami malahan terlebih dahulu jangan ambil mudah apabila mula bermain kasih luar yakni mempunyai hubungan lain kerana itu adalah titik permulaan bagi perceraian ataupun berpoligami. Hukum membenarkan..namum tanggungjawab diakhirat pasti lebih berat kerana Allah tetap berlaku adil dan keadilan bagi kaum hawa adalah pasti.
Apabila poligami berlaku…mungkin kaum adam dan hawa menerima tapi jangan lupa ada hati2 lain yang merasa yakni anak anak. Kita mungkin boleh menerima namum bagaimana penerimaan anak anak yang masih membesar melihat ini berlaku didalam kehidupan mereka. Ohalf tidak mahu mengulas lanjut kerana ianya mempunyai impak yang besar dalam kehidupan dan penelitian perlu dikaji oleh semua pihak terbabit. Biarlah hal ini Ohalf kupas dilain perbincangan, insyallah.

Ini merupakan luahan hati dan penelitian Ohalf yang pernah melalui detik sedemikian dalam usia begitu muda. Pengalaman memang benar mengajar namum apa penting adalah pengajaran yang diterima itulah natijah atau dalam erti kata lain sedikit sebanyak membentuk siapa diri ini.
Yang baik datangnya daripada Allah SWt dan yang salah adalah atas kelemahan pada diri Ohalf sendiri.

No comments:

Post a Comment