Sunday, June 24, 2012

Ada pernah Ohalf mendengar yang penghuni neraka ramai terdiri dari pada kaum wanita yang tidak pandai menjaga aurat…hal ini hanya Allah SWT dan Rasul yang mengetahui. Namum dengan ilmuan ini ramai memandang serong terhadap wanita yang tidak menutupi aurat.  Pandangan Ohalf mungkin boleh bertukar kerana sekarang ini kaum lelaki tidak kurang hebatnya berlumba lumba sama. Akur dengan kehendak fesyen, kaum lelaki sekarang mula merasakan yang aurat tidak penting pada lelaki, kerana aurat lelaki tidak menghairahkan bagi yang memandang lantaran itu lelaki ambil sikap acuh tak acuh…benarkah ini?
Trend fesyen ni lebih pada generasi X yang kini pelapis muda belia kita. Mereka tidak berkelakuan liar malah bersopan. Berkumpul beramai dan menjalani kehidupan muda belia sesama mereka.
Namum sikap terhadap fesyen yang agak singkat yang dilaungkan dan diperagakan oleh yang bukan Islam telah nampak impaknya terhadap generasi muda Islam…tak kira di Malaysia mahupun di negara Arab. Kerana ramai pemuda arab di negara sendiri tidak dapat berfesyen sedemikian di negara sendiri, apabila berada disini tidak ada yang menghalang, malah pernah Ohalf melihat mereka ini solat dengan seluar pendek ala kadar menutup aurat…sedangkan kita disini lebih teratur dalam solat tentang menutupi aurat.
 Mengapa ini yang Ohalf persoalkan?...darah muda sememang begitu, ini padangan Ohalf yang sempit. Ohalf dulu pun mudakan? semestinya ada berpakaian macam tu! … ya benar dan Ohalf tidak terkecuali.
Yang diperbincangkan disini anak muda lelaki, jadi biarlah Ohalf utarakan pandangan terhadap mereka sahaja..sebaik anak gadis sekiranya ingin mengambil iktibar..silakan.

No comments:

Post a Comment