Showing posts with label Pedoman Hidup. Show all posts
Showing posts with label Pedoman Hidup. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

SENSASI SONSANG 2011

Penutup tahun 2011 mengemparkan kisah kerosakan ahlak manusia di Nusantara. Ianya merupakan berita paling sensasi yang lebih mengerunkan daripada kisah mangsa Tsunami. Semasa menaip article mengerunkan ini bergetar tangan untuk menyempurnakan coretan ini kerana takut akan dosa sendiri daripada menghitung dosa orang lain.
Cukup tiga (3) al-kisah yang menghayat hati kerana kita perlu peka akan keadaan ini dan bagaimana semangat keji sedemikian disemarakan. Kisah yang ingin dikupaskan secara ringkas ialah:

Seksualiti Merdeka -



Kebebasan yang dilaungkan oleh pihak tertentu di Malaysia atas dasar hak asasi. Menggunakan platform hak sama rata bagi perhubungan sesama sejenis , women rights serta berkumpul untuk laungan politik, semuanya atas dasar hak kemanusiaan.

Kisah ibu kahwin anak lelaki sendiri.-



Secara jujurnya naik bulu tengkuk dan seram sejuk semasa membaca kisah ini, bukan geli tapi lebih lagi takut akan kemurkaan Allah SWT terhadap umat manusia. Walaupun ianya berlaku di negara jiran Indonesia namum ianya mengundang malapetaka kerana kita serumpun di Nusantara ini.

Perkahwinan Gay bangsa melayu di Ireland



Sedar atau tidak perkara ini tidak perlu pergi jauh, kat Malaysia sudah ada segala galanya. Cuma dibarat dapat mengkotakan hasrat. Pihak pihak yang melaung2kan hak telah ada., ruang untuk kenal mengenali sudah ada…bak kata budak sekarang “semuanya adaa”…Jangan salahkan sepenuhnya pada keluarga kerana pelajaran dan didikan agama telah diberi namum ada kehendak naluri dan peluang untuk mendalami ada di negara sendiri.

Insyallah, tinggal 10 hari lagi 2011 meninggalkan kita semua. Tahun yang diakhiri dengan alkisah sonsang ini adakah akan menjadi lebih sensasi pada tahun 2012 dan seterusnya. Tidak dapat diketahui, yang pasti sekiranya sambutan mengalakkan pasti ianya lebih mengundang tuntutan hak yang sama.

Seperti diakhir tahun selalunya ramai akan berazam dengan new year resolution 2012 , yang pasti mengharapkan ianya lebih baik dari 2011. Kenangan 2011 tinggal kenangan…2012 yang pasti lebih hangat dinegara ini dengan meneliti apa lagi helah untuk keputusan kes sensasi, siapa yang berkuasa di PRU13 dan keadaan ekonomi negara.
Kita pasti disoal kelak apa peranan kita sebagai khalifah didalam hal ini dan tindakan kita membetulkan mengikut lunas Islam. Jangan hanya menunjung jari pada kerajaan semuanya tapi sama sama mencari penyelesaian untuk kita perbaiki keadaan.

Wassalam dari Ohalf



SELAMAT TAHUN 2012 BUAT SEMUA PEMBACA BLOG OHALF

Monday, December 19, 2011

OMBAK KEHIDUPAN Vs OMBAK RINDU

Mungkin ramai yang terlepas pandang kisah dibawah ini kerana ramai diantara kita lebih tertumpu pada sensasi cerita tuan tuan politik negara yang tak habis saman menyaman, sumpah meyumpah tidak pun leka pada kemanisan dunia artis atau kemenangan jaguh sukan. Atahlagi..sensasi tayangan Ombak Rindu yang menjadi bualan cerita tidak akan sama dengan alkisah Ombak Kehidupan cerita ini. Petikan cerita ini Ohalf ambil dari arkib Utusan Malaysia 05.12.2011 dan tidak menukar jalan ceritanya kerana keindahan yang tersurat buat diridan pembaca blog ini khususnya.

Bagi Ohalf, hakikat kehidupan yang sememangnya penuh berwarna banyak mengajar namum untuk mempelajari haruslah mempunyai jati diri…hal ini peringatan buat Ohalf sendiri, wassalam.
MUKADIMAH

LAZIMNYA, kita didedahkan dengan pelbagai cerita dan berita kecemerlangan para pelajar dalam peperiksaan awam. Namun kisah sedih, derita dan malang kurang mendapat liputan. Melalui ruangan Kisah & Teladan ini, akan dipaparkan pelbagai cerita yang boleh dijadikan pedoman serta iktibar kepada warga pendidik, masyarakat dan para pemimpin di semua peringkat. Semua cerita berinspirasi daripada kisah benar yang pernah ditangani oleh penulis, Dr. Yunos Pipet sebagai pendidik dan guru besar sejak 1981. Bagaimanapun, nama watak dan latar cerita tidak menggunakan nama sebenar.

AL-KISAH

AMIR adalah sebahagian daripada ratusan anak nelayan malang yang hilang di laut dipukul ombak Laut China Selatan. Amir tinggal di gubuk usang di pinggir Chendering. Ibunya pula meninggal akibat sakit tibi berpanjangan menyebabkan Amir kehilangan segala-galanya. Amir kini tinggal bersendirian tanpa saudara dan tanpa kasih sayang. Amir ingin bersekolah tetapi sudah berumur 17 tahun.

Sesekali Amir hanya mampu menitiskan air mata melihat rakan sebayanya pulang daripada sekolah. Dia tidak pernah mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau ketawa meraih kejayaan tetapi sekadar pernah bersekolah di sekolah rendah. Dia sekadar tahu menulis, membaca dan mengira untuk meneruskan kehidupan yang sukar sejak berusia 12 tahun.

Sejak kematian bapanya di laut empat tahun yang lalu Amir tidak bersekolah. Amir hanya mampu menjual botol, tin minuman di sekitar Chendering dan sesekali menjadi tukang sapu sambilan di studio di Chendering untuk menyara kehidupan.
Gelagatnya tekun mengutip botol di pinggir studio diperhatikan oleh Datuk Sham dan akhirnya Amir diambil dan dijadikan anak angkat Datuk Sham. Datuk Sham membawa Amir pulang ke Shah Alam dan memujuk dia supaya bersekolah semula.
Itulah yang tersurat dalam fikiran Amir selama ini. Datuk Sham datang ke jabatan menguruskan permohonan Amir. Dia diterima bersekolah tetapi perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada hujung tahun itu juga.
Datuk Sham mengaturkan jadual Amir dan mendaftarkan Amir ke pusat tuisyen. Lima bulan adalah masa yang diperuntukkan kepadanya untuk bersedia menghadapi SPM.
Amir nekad untuk memenuhi hasrat dirinya, cita-cita arwah ibu dan arwah bapanya dan membalas budi Datuk Sham. Dia belajar dan mencuba menguasai apa jua yang diberikan demi satu kehidupan. Gagal bererti binasa dan berjaya menjadi satu kemestian untuk dua arwah yang hilang tiada berita.

TINDAKAN

Datuk Sham dinasihatkan supaya Amir memohon bersekolah semula sebelum dipertimbangkan ke sekolah yang dipohon. Perakuan daripada pengetua sekolah lamanya diperlukan untuk memastikan Amir penah bersekolah. Jabatan Pelajaran menasihati Datuk Sham untuk memastikan persekolahan murid ini tidak terganggu sementara mendapatkan kelulusan Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pelajaran menasihati berdasarkan keperluan undang-undang:

i. Walau bagaimanapun guru besar atau pengetua hendaklah menerima masuk murid yang adalah warganegara ke sekolah untuk menerima pendidikan PU(A) 275/98 dipinda oleh PU (A) 445/07.
ii. Ibu bapa murid perlu mengemukakan dokumen sokongan mengikut Seksyen 96. Tulisan dan perbahasan berkenaan dengan tulisan adalah termasuk cetakan, litografi, tulisan taip, gambar, foto dan lain-lain cara menyatakan atau menurunkan perkataan, rajah dan angka dalam bentuk yang boleh dilihat.
iii. Murid perlu menandatangani perjanjian berkelakuan baik di hadapan pengetua baru.

PENGAJARAN

Bukan semua kanak-kanak yang berpeleseran dan ponteng sekolah adalah kumpulan anak-anak nakal. Ada antaranya terpaksa berhenti sekolah kerana kemiskinan, tiada kawalan, bimbingan dan lapar. Bukan niat di hati mereka berkeliaran sebagai kutu rayau, menjadi masalah masyarakat atau mengganggu pola kehidupan sebaliknya mereka mahu memenuhi naluri kemanusiaan. Di sudut hati, mereka malu menjadi kutu rayau tetapi pada siapa mereka mengadu, siapa yang mahu mendengari rintihan mereka? Ramai yang menghina, mencaci atau memaki mereka tetapi di negara yang aman ini tidak ramai yang pernah mahu membela rintihan pedih perih di sudut hati mereka.

PERSOALAN

i. Mampukah Amir bersekolah semula selepas sekian lama meninggalkan alam persekolahan selepas kematian ibunya?
ii. Bagaimana Amir berusaha membina kecemerlangan untuk dirinya, arwah ibu dan bapanya dan Datuk Sham?
iii. Apakah peranan pegawai Jabatan Pelajaran dalam menangani masalah keciciran murid?
iv. Tugas siapakah membela kesusahan anak-anak gelandangan ini?

AKHIRNYA

Hari ini Amir berjaya melalui detik getir itu walaupun tanpa kedua ibu bapanya. Berbekalkan azam meneruskan kehidupan dia terus mengharungi cabaran hidup dengan cemerlang. Amir sedia berubah, menerima nasihat dan menginsafi diri sendiri. Kini Amir menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang perakaunan pada semester tiga. Langkah yang diambil Datuk Sham telah mengubah keseluruhan hidup Amir. Beliau bukan sahaja menyelamatkan Amir daripada terus merempat tetapi menguja kegigihan anak nelayan malang ini. Amir mahu keluar dan melupakan daripada lembah kemiskinan tetapi menyediakan diri sebagai modal insan yang sangat diperlukan oleh Negara.

NASIHAT

Mengambil anak angkat memerlukan bukan sekadar untuk digelar sebagai seorang dermawan tetapi perlu memahami keperluan kemanusiaan yang tinggi. Pengorbanan itu memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi, berani dan cekal. Usaha ini memerlukan perancangan yang teliti dan mendapat nasihat yang betul daripada orang yang pakar dalam pendidikan, perundangan dan kemasyarakatan. Dapatkan panduan yang betul daripada orang yang bertanggungjawab dan ikhlas kerana kesilapan yang kecil boleh menyebabkan masalah sedia ada menjadi lebih parah. Anak-anak daripada keluarga miskin, terbuang sangat sensitif, mudah tersinggung dan sikap merendah diri yang kronik. Mereka perlu diyakinkan dengan penuh berhemah supaya tidak tersinggung. Kesusahan menjadikan mereka begitu. Mereka lebih kurang meyakini orang lain, nekad, degil dan sukar menerima perubahan.

Monday, March 14, 2011

10 Gangguan Syaitan Dalam Solat

Ohalf sekadar mengingatkan diri sendiri dan teman, semoga ada keberkatan bersama dalam perkongsian ilmu ini. Sememangnya dalam mendirikan solat seringkali perkara ini berlaku dan mengharapkan dengan perkongsian ilmu ini, dapat kita bersama mendirikan solat yang lebih teratur dan dikasihi oleh Allah SWT.
1)WAS-WAS SAAT MELAKUKAN TAKBITAUL IHRAM

Saat mulai membaca takbiratul ihram "Allahu Akbar", ia ragu apakah takbir yang dilakukannya itu sudah sah atau belum sah. Sehingga ia langsung mengulanginya lagi dengan membaca takbir. Peristiwa itu terus menerus terulang, terkadang sampai imamnya hampir ruku'.

Ibnul Qayyim berkata: "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu mereka adalah was-was dalam bersuci (berwudhu) dan niat atau saat takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka tersiksa dan tidak tenteram.

2)TIDAK KONSENTRASI SAAT MEMBACA BACAAN SOLAT

Sahabat Rasulullah SAW iaitu 'Utsman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan telah hadir dalam solatku dan membuat bacaanku salah dan rancau". Rasulullah SAW menjawab, "Itulah syaitan yang disebut dengan Khinzib. Apabila kamu merasakan kehadirannya, maka meludahlah ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah SWT. Akupun melakukan hal itu dan Allah SWT menghilangkan gangguan itu dariku"
- (HR. Muslim)

3)LUPA JUMLAH RAKAAT YANG TELAH DIKERJAKAN

Abu Hurairah r.a berkata, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Jika salah seorang dari kalian shalat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggodanya sampai ia tidak tahu berapa rakaat yang ia telah kerjakan. Apabila salah seorang dari kalian mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam"
- (HR Bukhari dan Muslim)

4)HADIRNYA PIKIRAN YANG MEMALINGKAN KONSENTRASI

Abu Hurairah r.a berkata: "Rasulullah SAW bersabda, "Apabila dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut sampai ia tidak mendengar suara azan tersebut. Apabila muadzin telah selesai azan, ia kembali lagi. Dan jika iqamat dikumandangkan, ia berlari. Apabila telah selesai iqamat, dia kembali lagi. Ia akan selalu bersama orang yang solat seraya berkata kepadanya: "Ingatlah apa yang tadinya tidak kamu ingat!", sehingga orang tersebut tidak tahu berapa rakaat ia solat"
- (HR Bukhari)

5)TERGESA-GESA UNTUK MENYELESAIKAN SOLAT

Ibnul Qayyim berkata: "Sesungguhnya ketergesa-gesaan itu datangnya dari syaitan, kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah dan sembrono yang menghalang-halangi seseorang untuk berprilaku hati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tergesa-gesa muncul kerana dua perilaku buruk, iaitu sembrono dan buru-buru sebelum waktunya".

Tentu saja bila solat dalam keadaan tergesa-gesa, maka cara pelaksanaannya - asal mengerjakan solat, asal selesai, jadi!. Tidak ada ketenangan atau thu-ma'ninah.

Pada zaman Rasulullah SAW ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah SAW memerintahkannya untuk mengulanginya lagi kerana solat yang telah ia kerjakan belum sah.

Rasulullah SAW bersabda kepadanya: "Apabila kamu solat, bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah dari Al-Qur'an yang mudah bagimu, lalu ruku'lah sampai kamu benar-benar ruku' (thuma'ninah), lalu bangkitlah dari ruku' sampai kamu tegak berdiri, kemudian sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal itu dalam setiap rakaat solatmu"
- (HR Bukhari dan Muslim)

6) MELAKUKAN GERAKAN-GERAKAN YANG TIDAK PERLU

Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika sedang tasyahud. Ia membolak-balikkannya. Melihat hal itu, maka Ibnu Umar segera menegurnya selepas solat. "Jangan bermain kerikil ketika solat kerana perbuatan tersebut berasal dari syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang dikerjakan Rasulullah SAW". Orang tersebut bertanya: "Apa yang dilakukannya?" Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya diatas paha kanannya dengan jari telunjuk menunjuk ke arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah SAW", kata Ibnu Umar.
- (HR Tirmidzi)

7)MENENGOK KE KANAN ATAU KE KIRI KETIKA SOLAT

Dengan sedar atau tidak, seseorang yang sedang solat memandang ke kiri atau ke kanan, itulah akibat godaan syaitan penggoda. Kerana itu, setelah takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik. Iaitu tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan tidak mudah dicuri oleh syaitan.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, ia berkata: "Saya bertanya kepada Rasulullah SAW tentang hukum menengok ketika solat". Rasulullah SAW menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas solat seorang hamba".
- (HR Bukhari)

8)MENGUAP DAN MENGANTUK

Rasulullah SAW bersabda: "Menguap ketika solat itu dari syaitan. Kerana itu bila kalian ingin menguap, maka tahanlah sebisa mungkin"
-lam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda, "Adapun menguap itu datangnya dari syaitan, maka hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi bisa. Apabila ia berkata ha... bererti syaitan tertawa dalam mulutnya"
- (HR Bukhari dan Muslim)

9) BERSIN BERULANG KALI SAAT SOLAT

Syaitan ingin mengganggu kekusyukkan solat dengan bersin, sebagaimana yang dikatakan Abdullah bin Mas'ud: "Menguap dan bersin dalam solat itu dari syaitan"
- (Riwayat Thabrani).

Ibnu Hajar menghuraikan pernyataan Ibnu Mas'ud, "Bersin yang tidak disenangi Allah SWT adalah yang terjadi dalam solat, sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah SWT. Hal itu tidak lain kerana syetan memang ingin mengganggu solat seseorang dengan berbagai cara".

10) TERASA INGIN BUANG ANGIN ATAU BUANG AIR

Rasulullah SAW bersabda: "Apabila salah seorang dari kalian bimbang atas apa yang dirasakan di perutnya apakah telah keluar sesuatu darinya atau tidak, maka janganlah sekali-kali ia keluar dari masjid sampai ia yakin telah mendengar suara (keluarnya angin) atau mencium baunya"
- (HR Muslim)

Berbahagialah orang-orang muslim yang selama ini terbebas dari berbagai macam gangguan syaitan dalam solat. Semoga kita semua dibebaskan oleh Allah SWT dari gangguan-gangguan tersebut. Dan bagi yang merasakan gangguan tersebut, sebahagian atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan terkutuk.

SEMOGA MENDAPAT MANFAAT, INSYAALLAH

Wednesday, February 9, 2011

Perlukah hidup berteman?


Manusia dijadikan Allah SWT sebagai Khalifah dimuka bumi ini. Inilah kehidupan manusia yang berkisar dalam lingkaran kehidupan berpasang pasangan, begitulah menurut hukum alam yang dicipta. Sejarah kasih sayang yang bermulanya kehidupan didahului oleh raja segala manusia, Nabi Allah Adam AS bersama Hawa.

Apakah definasi “Teman” itu serupa dengan “Pasangan” ? Mungkin ada yang kata “Ya” dan ada yang mengatakan “Tidak” . Evolusi “teman “ mungkin menjadi “pasangan”
Walau bagaimana ianya dinilaikan, satu yang pasti, kita perlukan orang lain dalam meneruskan kehidupan. Berbahagialah apabila kita temui teman sejati dalam persahabatan atau Pasangan dalam hidup.

Rasanya lengkap kehidupan apabila diri ini dikasihi walaupun tidak semestinya disertai dengan ikatan atau perkahwinan. Dalam menjalani hidup berkasih haruslah berlandakan pegangan akidah dan bukan nafsu.Evolusi kehidupan adakala merosakkan kitaran kehidupan apabila ada yang ingin berkasih sayang dengan pasangan sejenis yang rata rata hanya berpaksikan nafsu. Mungkin ada yang menempak Ohalf…namum hakikat kehidupan sedemikian hanya meruntuhkan manusia dari pada meningkatkan kehidupan.Ohalf meneliti kembali kehidupan dulu berpasangan yang terasa indah, kerana ada yang dicintai dan menyintai. Walaupun hanya sekadar masa yang singkat namum cukup terasa kenikmatan dalam hidup berpasangan sehingga kini.

Monday, January 24, 2011

Antara kata Hati dan Nafsu

Perbincangan yang Ohalf ingin kemukakan adalah satu dilemma yang Ohalf sering di lalui dan rasanya tidak kurang ramai lagi diluar sana …yakni; mana harus diikuti..kata hati atau kata nafsu.

Ada orang berkata ikut kata Hati bersuluhkan akidah..itulah yang terbaik, namum kata Nafsu serakah selalu menerajui jiwa dan perlakuan…jadi bagaimana?

Perolakan sedemikian sering di alami walaupun masih gelap bersuluhkan dengan terang bersandarkan dengan nyata apa yang baik dan apa yang buruk, namum apa yang diikuti lebih pada kata nafsu…kenapa?

Setiap kali solat dan bersujud kita luahkan kelemahan dan kejahilan, selesai salam kita melangkah dengan angkuh dan lupa pada sujud yang dilakukan. Adakah ini tanda tanda munafik pada diri seseorang?
Persoalan demi persoalan tenggelam timbul namum apa yang termampu sering berlandakan hanya pada nafsu. Bagaimana kita terajui permasalah ini?..

Rujuklah pada Al-Quran dan hadis kata mereka , pasti ada jawapannya. Namum kekerasan nafsu menebali hati menyesatkan keadaan.

Ohalf akur kelemahan ini, setakat ini yang termampu hanya diam sendiri, tidak mampu pergi jauh untuk menolak.

Begitulah lemahnya iman ini…