Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Ramadhan Terakhir

Ramadhan membawa beribu erti buat diri ini manakala Aidil Fitri begitu menyiksa jiwa atas kerinduan. Sedalam usia yang telah melebih suku abad, diri ini selalu berkata adakah ini Ramadhan terakhir. Rasanya tak seberapa amalan yang dilakukan disepanjang Ramadhan walaupun penat kaki terasa lengguh longlai semasa Tarawih namum merasakan terlalu sedikit amalan di bulan yang mulia ini. Hajat hati terlalu besar ingin mengejar Lailatul Qadar namum tahu yang hakikat diri ini lebih pada berangan daripada berusaha.

Sudah masuk empat tahun Aidil Fitri tidak bererti, kerana tiada kemeriahan hati walaupun pada zahir bersungguh sungguh membuat persediaan namum kerinduan pada Permata Hati masih belum terubat luka yang sehingga kini masih terasa. Hanya pada Allah SWT, diri ini memohon kasih sayang dan rahmat sebagai ganti dibuka bumi dengan penuh kehambaan. Tiada siapa yang mengetahui apa yang terasa dan diri ini hanya mampu sujud pada Yang Esa meluahkan kesedihan.


Setiap kali terpandang kerenah anak anak kecil bermesra dengan ayah dan keluarga mereka setiap kali itu juga hati ini pasti menanggis walaupun tiada air mata kelihatan. Saat dan kerinduan inilah yang menjadi kepedihan dalam diri ini sehingga kini. Namum takdir illahi mengatasi segalanya. Tiada sesalan tersemat hanya kerinduan terikat…bukan pada yang pergi tapi pada hari hari yang menanti.


Coretan ringkas ini, Ohalf tujukan khas buat Permata Hati…sekiranya ini benar Ramadhan Terakhir buat ayah. Apa yang ingin ayah katakan yang ayah merasa Syukur terhadap Allah Yang Masa Esa kerana memberi kesempatan pada diri ini merasa kenikmatan hidup menjadi insan yang bergelar Ayah, walaupun tiada dapat memberi kesempurnaan pada tanggungjawab…maafkan ayah.

Thursday, August 18, 2011

Mana Mak : Bahagian III

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Bersambung…

Mana Mak: Bahagian II

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.


Bersambung...

Mana Mak : Bahagian I

Hayati coretan cerita ini, dimana akhirnya membuat kita berfikir dimana kita dikalang mereka didalam coretan ini.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


bersambung....

Friday, August 5, 2011

KISAH BUDAK PENJUAL KUIH

Ohalf menerima cebisan coretan ini daripada seorang rakan bernama Badrul yang beliau terima daripada rantaian email. Benar atau tidak coretan ini tidak dapat Ohalf pastikan, yang pastinya pengajaran disebaliknya, mengajar siapa kita dan dimana kita apabila berada di bumi Allah SWT ini berbanding dengan insan kecil yang berhati waja...hayati coretan ini...



Hari itu selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama, Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restauran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.



"Abang nak beli kuih? katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.



"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawapan saya ringkas.



Dia berlalu pergi. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya? katanya selamba semasa menghampiri meja saya.



"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.



Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai di situ, dia meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya Bang, pakcik, kakak atau makcik?"



Molek budi bahasanya! Mamak restauran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekali pun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.



Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh dideretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri ditepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.



"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang menutupnya.



Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.



"Ambik ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melhat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua dua matanya.



Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.



"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.



"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik! Kata saya tampa menjawab pertanyaannya.



"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang! katanya begitu lancar.



Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tampa banak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.



"Abang nak beli semua ke? Dia betanya dan saya cuma mengganguk. Lidah saya kelu nak berkata.



"RM25 saja bang."



Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya ke dalam plastik, saya hulukan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.



Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkannya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjaya satu penghormatan.



Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya.








Bagi Ohalf, benar atau tidak coretan ini...bukan itu pokok persoalannya, tapi buat diri sendiri yang mana pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar...insyallah.


Gambar ini turut disertakan bersama rantaian email ini...namun kesahihannya tidak dapat Ohalf tentukan adakah inikah kanak kanak yang diceritakan oleh penulis sebenar...

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al-Mubarak



Salam Ramadhan buat semua, syukur kehadrat Illahi dengan limpah kurnia kasih dan sayang, dapat kita ditemukan dibulan Ramadhan Al-Mubarak pada tahun Hijri 1432.






Ohalf memohon kemaafan kerana telah sekian lama menyepi. Penyepian Ohalf banyak disebabkan oleh tugasan baru yang Ohalf perlu laksanakan. Ohalf berdoa agar kita bersama dapat menjalankan ibadah puasa dengan tenang dan jaya tak kira dimana kita berada.



Bersama samalah kita tanamkan ihtizam untuk menyempurnakan ibadah ini sebaik mungkin dengan andaian puasa ini mungkin puasa terakhir buat kita.



Dimasa yang sama, diawal Ramadhan ini Ohalf memohon kemaafan pada semua khususnya pembaca blog My Other Half sekiranya ada tulisan dan coretan disini menyakit hati.








































































Thursday, May 19, 2011

Puaka Politik

Saban hari kita disogokan dikaca TV mengenai tahyul dan
tahyul dan hantu puaka..kini di dada akhbar kita disajikan untuk berpuaka dengan politik bagi mereka yang ketagihan darah kuasa.Skop produksi yang berbeza, namum motif tujuan yang sehala...KUASA.

Jangan kerana berpuaka dengan politik, Islam digadaikan sebegitu...dulu Ohalf kagum ketokohan agama beliau dengan bersandarkan Islam kerana Ohalf juga ingin kita hidup bersandarkan Islam sebagai asas walaupun hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan berlainan agama, kerana yakin Islam membawa kesejahteraan - Way Of Life...namum sejak kebelakang ini, Ohalf terasa amat tersentuh apabila kata2 sedemikian diunggkapkan..."cium kaki"

Ceramah agama disurau dijadikan forum untuk menyampaikan fahaman politik yang diselitkan selingan...kedengaran suara gelak ria penghuni surau bila penghinaan keatas kepimpinan dihiburkan...Ohalf banyak kali tersentuh atas perkara ini...ingin rasanya bangun bersuara menyatakan disini bukan suasana untuk menghina seseorang, ini adalah rumah Allah SWT, untuk kita pelajari hukum Allah SWT...tapi Ohalf lemah hanya berbisik dalam hati. Sering kali selepas ceramah, yang lebih dibincangkan adalah soal selingan politik yang diutarakan dan bukan pasal hukum yang perlu diamalkan...cuba buka telinga dan dengar selepas ceramah pasti ada suara2 yang membangkitkan selingan kembali.

Ohalf sedih melihat perkembangan politik dan dakyah puaka politik yang disampaikan sehingga Islam digugat dinegara sendiri...Taksubnya seseorang pada seseorang, yang terlalu yakin tidak ada cacat cela dalam amalan puaka politik hingga dilihat kebal dalam perundangan kerana soal ingin KUASA...atas dasar dianayai semua boleh dicapai dengan jampi puaka politik kuasa yang telah merasuk jauh pada hati dan akidah.


Kemana hala tuju dan bilakah puaka politik sedemikian akan berakhir bersama kita memohon pada Allah SWT agar jauhkan kita semua dan bumi Malaysia ini daripada pemimpin yang jahil...atau adakah petunjuk telah ada namum hanya kita yang lalai dengan puaka politik yang sedia ada...renungkanlah.

Thursday, April 28, 2011

Adakah ini akhirnya?

Terkilan, sedih dan tersentuh itulah perasaan Ohalf apabila satu persahabatan diputuskan. Salahnya pada Ohalf sendiri akui kerana dikatakan menjauhkan diri dengan sepi tampa berita walaupun dekat untuk bersua, hanya kerana sudah punyai kenalan baru dan yang lama dipinggirkan. Ohalf meneliti keadaan, mungkin ada benarnya kerana tidak menyedari ada tingkah laku atau perbuatan berserta tindakkan yang melukakan hati walaupun tidak berhasrat sedemikian dalam persahabatan. Bingkisan terakhir yang diterima menjadi tanda tanya pada Ohalf sendiri …Adakah ini akhirnya satu persahabatan?
----------------------------------------------------------------------
From: XXX
Sent: Monday, March 21, 2011 3:15 PM
To: Ohalf
Subject: Re: SILA LUPAKAN SAYA ...

PLS DELETE MY EMAIL AND MY NUMBER

# i know u hide something from me ... coz i know, i am not ur true friend

# i dont want to think about you .. coz that what i am doing everyday .. think about u

# sorry coz be part of ur life story ...

# and i think this what u want ....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: Ohalf
Sent: Monday, March 21, 2011 3:09 PM
To: XXX
Subject: Re: SILA LUPAKAN SAYA ...

I felt compel to response, has I feel I'm the contributor of such predicament.

Having being long silent without any attempt on my part to call or contact have made you feel forgotten but rest assured you have not been away from my thought and prayers.

We shared great times together and will always continue to do so even on separate ways.

Best wishes and respect.

Wassalam,
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
From: XXX
Sent: Monday, March 21, 2011 2:34 PM
To: Ohalf
Subject: Re: SILA LUPAKAN SAYA ...

Salam Untuk Semua Penerima Email,

terlebih dahulu saya nak bagitahu bahawa FB a.k.a FcukBook saya telah di padamkan. Ini bermakna anda tidak perlu lagi mengetahui akan kisah hidup saya dalam Facebook.

dan mulai saat ini, saya tidak akan melayan segala email dari anda lagi, termasuk segala bentuk perhubungan yang boleh membuatkan saya rasa menyampah nak dengar suara anda dan juga nak melihat nombor anda di dalam HP saya.

Saya menghalalkan segala makan minum, segala dosa anda kepada saya. Begitu juga saya memohon maaf kalu ada kekasaran sebelum ini semasa kita bersama. Halalkan makan dan minum saya. (sekiranya saya mempunyai hutang dengan semua penerima email, saya mengharapkan agar saya diberikan tempuh yang sesuai untuk melunaskan hutang-hutang anda)

Tolong jangan babitkan saya dalam kisah hidup anda.

Sekiranya anda REPLY email ini dan saya tidak membalasnya, maka benarlah saya memang serius dan dah tekad untuk lupakan anda semua.

Sekiranya anda SMS saya dan saya tidak membalasnya, bukan bermakna saya tiada credit, tetapi memang benar dan memang serius dan dah tekad untuk melupakan anda semua.

Sekiranya anda TERSEREMPAK dengan saya di mana-mana dan saya tidak menegur anda, bukan bermakna saya kurang ajar, sebaliknya saya memang tekad untuk melupuskan anda dari ingatan saya.

Sekian dari saya .....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ohalf sendiri sedih kerana persahabatan ini banyak mengajar Ohalf tentang mereka diluar sana. Ohalf sendiri terasa kehilangan riang dan gelak tawa yang Ohalf anggap seperti saudara sendiri. Persahabatan ini juga mengajar dunia cyber dialam maya, dimana lahirnya blog ini buat Ohalf sebagai hadiah hari jadi.


Buat XXX, tahniah atas segala kejayaan, semoga persahabatan sebentar ini memberi manafaat bersama.


Siapa dia dan kita yang terdahulu mencermin siapa kita yang kini sebenarnya…namum siapa kita yang kini itulah yang ingin kita sendiri pastikan…Insyallah.

Thursday, August 19, 2010

Jika anda bertanya...

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami
telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3





KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216





KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286





KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139





KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."





KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45




KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111





KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129




KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12



Terasa amat kerdil apabila membaca sendiri warkah ini...segala alasan dalam lintasan hati dalam menempuh kehidupan telah terjawab dan pendoman hidup diberikan oleh Allah SWT...Namum Ohalf masih lagi gagal dalam kehidupan...

Ya Allah sekiranya aku gagal dalam kehidupan fana ini...bimbinglah hatiku agar kembali dekat dan sayang pada mu...

Tuesday, July 20, 2010

Jangan Mencari Terlalu Sempurna

Dalam Ohalf ingin mengenali seseorang...dia berpesan pada Ohalf, dimana Ohalf amat hargai pesanannya. Ingin Ohalf kongsikan bersama disini buat renungan sendiri dan sesiapa yang sudi.


Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……


Begitulah juga……


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……


Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……


Begitulah juga……


Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……


Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……


Begitulah juga……


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……


Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !


"Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang


Epilog: Kata2 ini bermakna buat Ohalf, kerna kami saling menempuhi perjalanan hidup yang hampir sama..hanya waktu dan masa yang berbeza...Terima Kasih "L"

Wednesday, March 3, 2010

Antara Niat dan Perlakuan

Banyak perkara dimulakan dengan niat yang baik and diterima pakai tapi perlakuan serta perlaksanaanya yang bercanggah dengan hukum…itu yang membuat kehidupan ini menjadikan yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan…itu adalah pendapat Ohalf.

Dua artikal ini Ohalf terima dengan serentak…yang ketiga adalah nilaian Ohalf sendiri…tapi dimana haknya dan dimana benarnya… itu yang Ohalf ingin cupaskan.

Pertama : Didada ahkbar menyatakan pembelaan hujah yang dikemukan oleh Radovan Karadzic menyatakan peperangan yang beliau lakukan adalah adil dan suci. Niatnya hanya untuk mendapat hak kawasan bersama dan peperangan yang dilakukan ada benar ada haknya. Dunia semua tahu tentang kesengsaraan rakyat Bosnia atas tindakan Pihak Serb yang bermula dengan niat yang baik katanya dan menghalalkan peperangan sebagai perlaksanaannya. ..adakah itu benarnya…kita saksikan panaroma tribunal peperangan ini kemana sudahnya nanti.

Ohalf terfikir sejenak akan kesengsaraan terhadap pejuang Palastine dengan kekejaman Pihak Zionist…hampir sama trilogy dan niatnya serta perlaksananya…juga sejarah Pihak Hitler yang membuat pembunuhan beramai2 atas dasar yang hampir sama…tapi dulu dunia mengutuk kekejaman Hitler…adakah dunia kini mengikut landasan yang sama atau berpaling pada antara Niat dan Perlakuan...menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal…renungkanlah.

Kedua: Alkisah, seorang personaliti yang berperwatakan pondan atas dasar semata2 hanya untuk hiburan dan menghiburkan. Soal terima bayaran dan rezeki tidak mahu Ohalf ulaskan..tapi dinyatakan ianya hanya bergantung kepada Niat dan Perlakuan…inilah dia dikatakan dunia hiburan…dunia yang dicipta oleh akal yang menghalalkan yang haram atas dasar Niat yang baik.

Ada aku kisah, apa orang kata…itulah lontaran kata bila kita sandarkan niat yang sendiri kita nyatakan hanya aku dan tuhan mengetahui niat dan perlakuan yang di lakukan…Ohalf terfikir sejenak…senangnya menghalalkan perlakuan yang haram atas dasar niat yang kita lafazkan…renungkanlah.



Ketiga: Produk yang sama beralkohol lebih murah dengan produk yang sama tampa alcohol. Mengikut logic akal, benda yang ditambah pasti akan bertambah nilainya dan lebih berharga dengan benda yang dikurangkan…
Ohalf utarakan persoalan ini kepada penjual..ianya hanya mampu tersenyum membisu. Mungkin tugasannya untuk mendapat sales/ jualan bukan untuk menerangkan…itulah dia niat untuk menghasilkan yang halal ada baiknya tapi perlaksanaanya mengaut untung ada benarnya?..renungkanlah.

Apakah kesimpulan…antara Niat dan Perlakuan…adakah ianya terletak pada hak individu untuk menilai dan melaksanakan atau ianya harus mengikut perundangan hukum Halal dan Haram…Renungkanlah.
Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang salah dan yang buruk adalah kelemahan diri Ohalf sendiri.

Wednesday, January 6, 2010

Salahkah takdir...

Apakah perlu kita salahkan takdir yang menimpa kita?

Persoalan ini berat bagi Ohalf menjawab kerna ianya ada kena mengena dgn diri Ohalf sendiri. Tapi bukan kisah Ohalf yang ingin Ohalf utarakan...tapi buat seseorang yang Ohalf anggap adik...dan bingkisan ini ditujukan khas buatnya...

Kemiskinan bukan satu alasan untuk kita kesali perjalanan hidup yang perlu kita tempuh, adakala kemiskinan itulah yang mengajar kita menjadi manusia atau sebaliknya. Begitu juga pada kesenangan tidak semestinya akan membawa kejayaan.

Kita boleh lari dari kesempitan hidup..hanya dengan diam dan tertekan sambil melontar senyum dan tawa kerna tak ada siapa yang tahu kesempitan hidup kita sebenarnya..apatah lagi hidup diatas belas orang diperantauan.

Kita boleh lari dan lari lagi sederas putaran roda motor dengan harapan masalah kehidupan kita akan jauh ketinggalan dan mencari tempat baru tampa kita sedari sebenarnya sekali menoleh kebelakang setiap putaran motor sedikit pun tidak menganjakan dari mana kita sebenarnya.

Kita rasakan, tindakan menimpa terlalu kejam dan kita berhak berhujah dengan lantang ...kerna kita punya hak dan harga diri. Ada benar semuanya lantaran setiap orang ada hak bersuara dan tegas akan pendirian. Tapi setiap tindakan itu...sendiri yang menentukan.

Pernahkah kita duduk sejenak memikirkan,

Kenapa Tuhan tidak adil pada diri aku selama ini...

Kenapa setiap cita cita menikmati kejayaan hancur...

Mana hak aku!!!

Betulkah tindakan aku tadi dan selama ini....

Patutkah aku bertindakan sedemikian...

Kenapa dia bertindak sedemikian pada aku...

Apa sebenarnya salahku...

Kenapa tidak bersimpati akan masalah aku...

Aku masih ada yang lain...yang boleh membantu !!!

Dia sendiri tidak sempurna..berlakon sama !!!

Cukup setakat ini....aku akan buktikan!!!

Dia berlagak pada aku !!!

Aku yang betul..sebab itu aku perlu katakan...CORRECTION!!!


Terguris atau tidak akan tindakan dan kata kata mungkin hanya seketika, kerana bagi Ohalf ianya bermula dari hati dan keihklasan...pada zul, kamu berhak atas diri sendiri dan segala ketentuan yang datang menimpa dan pasti ada terkandung hikmah disebaliknya.

Terima kasih buat selama ini...

Bagi Ohalf apa yang perlu diulas adalah hati dan keihklasan yang sememangnya hanya mainan manusia...ianya boleh berubah ubah mengikut keadaan dan melahirkan satu tindakan yang pengukurnya hanya ada pada Tuhan...Allah SWT.

6 January 2010.

Tuesday, December 29, 2009

FAITH

I received this email from a friend of mine recently and love to share this interesting story to my fellow readers...

Friday, November 13, 2009
An American Millionaire Who Was Also Michael Jackson’s Lawyer Becomes Muslim

An American millionaire, Mark Shaffer declared his Islam in Saudi Arabia on Saturday, 17th October 2009. Mark was at that time on a holiday in Saudi Arabia to visit some famous cities like Riyadh, Abha and Jeddah for 10 days. Mark is a well-known millionaire and also a practiced lawyer in Los Angeles , specializing in cases of civil laws. The last big case he handled was the case of the famous American pop singer, Michael Jackson, a week before he passed away.

A tourist guide who accompanied Mark for 10 days in Saudi Arabia , Dhawi Ben Nashir told: Since he set foot for the first time in Saudi Arabia , Mark already started to ask question about Islam and Solat. As soon as he arrived in Saudi, Mark stayed in Riyadh for two days. While in Riyadh , Mark was very interested in Islam. After moving to Najran, we went to Abha and Al-Ula. There, his fascination on Islam grew more obvious, especially the time when we ventured out into the desert.

Mark was amazed to see three Saudi youths who were in our group in Al-Ula, performing solat in the expanse of the very wide desert. A very fantastic panorama indeed.
After two days in Al-Ula, we went to Al-Juf. As soon as we arrived in Al-Juf, Mark asked if I could get him some books on Islam. I then obtained some books on Islam for him. Mark read all those books. The next morning, he asked me to teach him how to perform solat. I then taught him how to pray and take wudhu (ablution). Then, he joined me and performed solat beside me.. After solat, Mark told me that he felt peace in his soul. On Thursday afternoon, we left Al-Ula
heading for Jeddah. He looked very serious throughout the journey reading those books about Islam.

On Friday morning, we visited the old town of Jeddah . Before the time for the Friday prayer
approached, we went back to the hotel and I excused myself to go for the Friday prayer. Then, Mark told me: I would like to join you for the Friday prayer so that I can witness myself how the Friday prayer is like. So I answered: welcome…

We then went to a masjid which was not far from the hotel where we stayed in Jeddah. Since we were quite late, I and many other jamaah had to pray outside, as the number of jamaah was overflowing. I could see Mark observing the jamaah, especially after the Friday prayer was completed, when everybody was shaking hands and embracing each other with radiant and happy faces. Mark was very impressed with what he saw. When we return to the hotel, Mark suddenly told me that he wanted to become a Muslim. So I said to him: Please have a shower first. After Mark took the shower, I guided him in saying the kalimah of shahadah (declaration of faith) and then he prayed two rakaah. Later on, Mark expressed his desire to visit the Masjidil Haram in Makkah and perform solat there before leaving Saudi Arabia
In order to fulfill his wish, we went to the Da’wah and Irshad office in the area of Al-Hamro’,
Jeddah, to obtain a formal proof of his conversion to Islam, so that he would be allowed to enter
the city of Makkah and Masjidil Haram. Then, Mark was given a temporary certificate of his
conversion to Islam. As a number of group members who participated in Mark’s visit to Saudi Arabia had to go back to America on Saturday afternoon, Al-Hamdulillah, Ustadz Muhammad Turkistani was willing to send Mark to the Holy Land of Makkah that same morning.
Regarding Mark’s visit to Masjidil Haram, Ustadz Muhammad Turkistani narrated: After Mark obtained his temporary certificate, we straight away departed heading for the noble Masjidil Haram.

When he witnessed the Masjidil Haram, he face looked radiant and it emanated an extraordinary happiness. When we entered the Masjidil Haram and witnessed the Ka’bah for ourselves, his happiness increased. By Allah, I could not express that scene with words. After performing the tawaf around the noble Ka’bah, we performed the sunnah solat and went out of Masjidil Haram. I could see Mark very reluctantly wanting to leave Masjidil Haram.

After Mark declared his Islamic faith, he had the chance to express his happiness in Al-Riyadh
Newspaper saying: I could not express my feeling at this time but I am being reborn and my life has just started… then he added: I am very happy. This happiness that I am feeling could not be
expressed in words especially when I visited the Masjidil Haram and noble Ka’bah.

Regarding his next step after his conversion to Islam, Mark explained: I will learn more about
Islam, I will delve deeper into this religion of Allah (Islam) and come back to Saudi Arabia to
perform the Hajj. As to what impelled him into converting to Islam, Mark explained: I have already had information about Islam, but it was very limited. When I visited Saudi Arabia and personally witnessed the Muslims there, and saw how they performed the solat, I felt a very strong drive to know more about Islam. When I read true information about Islam, I became confident that Islam is a religion of haq (truth).
Sunday morning, 18th October 2009, Mark left the Airport of King Abdul Aziz Jeddah heading for America . When filling in the immigration form before leaving Jeddah, Mark wrote ISLAM as his religion..

Thursday, December 10, 2009

CINTA, PENGORBANAN & AKIDAH

Bila kita renungkan apa tujuan hidup ini terasa sungguh mudah tapi liku2 kehidupan yang perlu dilalui berbeza antara kita… manusia.
Baru baru ini Ohalf dapat peluang menonton teater Natrah di Istana Budaya…walaupun pada mulanya agar sukar untuk mendapat tiket tapi atas hasil usaha Lid teman Ohalf dapat juga akhirnya.
Kisah Natrah telah ramai mengetahui…malah dibukukan buat bacaan…terteranya kisah semangat melayu di Kota Singa dan Malaya pada waktu itu ...yakni tahun 1947 hampir 10 tahun sebelum Malaya merdeka dari penjajah.

Natrah di duga oleh Allah SWT dengan Cinta pada suami, Pengorbanan pada diri dan Akidah pada hati…terperangkap antara kasih sayang ibu angkat dengan kasih sayang ibu kandung…terperangkap antara Hukum dan Undang Undang duniawi…sungguh trajis cerita Natrah ini yang penghujungnya hanya Allah SWT saja yang mengetahui,….dimana letaknya iman Natrah…walaupun dipaksa berkahwin di Belanda dan akidah apa kah dihatinya hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Ada mesej yang tersurat bagi Ohalf….

Epilog teater yang Ohalf banggakan bukanlah Natrah…tapi pada semangat melayu yang bersatu…semangat ibu angkat Natrah yang berkobar menegak akidah islam yang dipegang…beliau lah sebenarnya perjuang bukan Natrah… bagi Ohalf, Natrah cuma satu penyebab dari Allah SWT berikan pada bangsa melayu untuk bangkit membakar jiwa menegakkan akidah dan kehormatan Islam…Bantu Agama Allah nescaya Allah akan bantu kamu…

Dari semangat Islam membara inilah …mengetuskan semangat yang lebih besar…
Dimana kita… Allah hadiahkan kemerdekaan…10 tahun kemudian….1957

Kini…lebih 52 tahun kemerdekaan…kita diuji lagi…kisah yang berbeza tapi mungkin pengajaran yang sama…antara Cinta, Pengorbanan dan Akidah…berulang lagi

Kisah ini adalah..kisah….>









Adakah ini dinamakan Cinta….apakah perlu Pengorbanan kita menentang mereka dan dimana letak Akidah kita…Ohalf akui masing2 punyai cita rasa sendiri…ada yang membantah tak kurang yang menyokong…

Berkias pada cerita Natrah ini…Ohalf bertanya perlukan kita bangkit menyokong Cinta ini…perlukah kita tanya Pengorbanan suci kah ini..dan perlu kita tanya…terima kah Akidah sebegini… Yang paling senang kita dengari…hai macam2 terjadi..Dunia dah nak dekat Kiamat…
terimalah seadanya…sama sama kita renungkan...